Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa II) PI Maxis Kelantan
8 Mac 2020 | Aktiviti TerkiniProgram Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi (Fasa II) bagi Pusat Internet Kelantan ini adalah kolaborasi bersama ISME (UMK) dan juga NERA. Di dalam program ini staf dilatih dan diberi bimbingan oleh pegawai-pegawai yang berkelayakan daripada ISME bagi meningkatkan pengetahuan staf Pusat Internet di dalam pelbagai ilmu perniagaan dan juga kemahiran-kemahiran kendiri untuk kegunaan operasi harian.
Program yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu pada 06/03/2020 (Jumaat) dan 07/03/2020 (Sabtu) melibatkan kesemua Pengurus dan juga Penolong Pengurus bagi 16 buah Pusat Internet Kelantan di bawah naungan Maxis dan juga Nera. Di dalam program kali ini, pihak ISME (UMK) telah menjemput En. Roslan selaku Pengarah SMECorp bagi menyampaikan taklimat berkenaan fungsi dan juga bantuan yang dapat disalurkan kepada para peniaga dan usahawan yang berada di bawah bimbingan staf Pusat Internet.
Staf PI juga diberikan taklimat dan penekanan berkenaan penyediaan proposal dan persiapan untuk menguruskan sesuatu event dengan cara yang betul dan berprestasi tinggi agar menepati objektif event dan lebih teratur. Taklimat ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Ghazali, Dekan bagi Fakulti Pengurusan Acara dan Protokol.
Hari kedua, staf diberikan penekanan terhadap cara mengendalikan Ms Excel secara lebih mendalam dan juga bagaimana untuk membuat sistem Excel kepada Dashboard. Kelas ini telah dikendalaikan sendiri oleh Pengarah ISME iaitu Prof Dr Norhakimin. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyampaikan ilmu kepada staf PI Kelantan di samping dapat mengeratkan ukhuwah sesama staf PI Kelantan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: